RATIB AL HADDAD

Disalin dari halaman awal pengantar Ratib Al Hadad dengan sedikit perbaikan ejaan sesuai Bahasa Indonesia yang mudah dipahami.


Ratib Al-Haddad diambil dari nama penyusunnya, yaitu Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang terkenal. Diantara do'a-do'a dan dzikir-dzikir karangan beliau, Ratib Al-Haddad lah yang paling terkenal. Ratib yang bergelar Al-Ratib Al-Syahir (Ratib yang Termasyhur) ini disusun berdasarkan inspirasi pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah (bersamaan 26 Mei 1661 Masehi).

Ratib ini disusun untuk mememnuhi permintaan salah seorang murid beliau, ‘Amir dari keluarga Bani Sa’d yang tinggal di sebuah kampung di Shibam, Hadhramaut. Tujuan ‘Amir membuat permintaan tersebut ialah untuk mengadakan suatu wirid dan dzikir sebagai amalan penduduk kampungnya agar mereka dapat mempertahankan dan menyelamatkan diri dari ajaran sesat yang sedang melanda Hadhramaut ketika itu.

Pertama kalinya Ratib ini dibaca ialah di kampung ‘Amir sendiri, yaitu di kota Shibam setelah mendapat izin dan ijazah daripada Al-Imam Abdullah Al-Haddad sendiri. Selepas itu Ratib ini dibaca di Masjid Al-Imam Al-Haddad di Al-Hawi, Tarim dalam tahun 1072 Hijriah bersamaan tahun 1661 Masehi. Pada kebiasaannya ratib ini dibaca berjamaah bersama do'a dan nafalnya, setelah sholat Isya’. Pada bulan Ramadhan dibaca sebelum sholat Isya’ untuk menghindari kesempitan waktu karena menunaikan solat Tarawih. Mengikuti Imam Al-Haddad di kawasan-kawasan di mana Ratib al-Haddad ini diamalkan, dengan izin Allah kawasan-kawasan tersebut selamat daripada pengaruh sesat tersebut.

Apabila Imam Al-Haddad berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib Al-Haddad pun mula dibaca di Makkah dan Madinah.

Sehingga hari ini Ratib dibaca setiap malam di Bab al-Safa di Makkah dan Bab al-Rahmah di Madinah. Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi pernah menyatakan bahawa barangsiapa yang membaca Ratib Al-Haddad dengan penuh keyakinan dan iman dengan terus membaca “La ilaha illallah” hingga seratus kali (walaupun pada kebiasaannya dibaca lima puluh kali), ia mungkin dikaruniakan dengan pengalaman yang di luar dugaannya.

Beberapa perbedaan mungkin ditemui dalam beberapa cetakan Ratib Haddad ini terutama selepas Fatihah yang terakhir.

Beberapa doa ditambah oleh pembacanya. Al Marhum Al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha Al-Haddad memberi ijazah untuk membaca Ratib ini dan menyarankannya dibaca pada masa–masa yang lain daripada yang tersebut di atas juga di masa ada keperluan dan kesulitan. Mudah-mudahan siapa saja yang membaca ratib ini diselamatkan Allah daripada bahaya dan kesusahan. Aamiiin.

Ketahuilah bahawa setiap ayat, do'a, dan nama Allah yang disebutkan di dalam ratib ini telah dipetik daripada Al-Quran dan hadits Rasulullah S.A.W. Terjemahan yang dibuat di dalam ratib ini adalah secara ringkas. Bilangan bacaan setiap do'a dibuat sebanyak tiga kali, kerana ia adalah bilangan ganjil (witir). Ini adalah berdasarkan saran Imam Al-Haddad sendiri. Beliau menyusun dzikir-dzikir yang pendek yang dibaca berulang kali, dan dengan itu memudahkan pembacanya.

Dzkir yang pendek ini, jika dibuat selalu secara istiqamah, adalah lebih baik daripada dzikir panjang yang dibuat secara berkala atau cuai. Ratib ini berbeda daripada ratib-ratib yang lain susunan Imam Al-Haddad kerana ratib Al-Haddad ini disusun untuk dibaca lazimnya oleh kumpulan atau jamaah. Semoga usaha kami ini diberkahi Allah.

Unduh Ratib Al Hadad

Postingan populer dari blog ini

PERKEMBANGBIAKAN GENERATIF PADA TUMBUHAN

ASEAN